Sisterhood adalah terapi kumpulan dalam talian untuk membantu pemerkasaan diri melalui sokongan kaunselor yang berkelayakan.
Kami akan cuba mencari slot untuk anda jika jadual ada kekosongan. Jika tiada kekosongan, anda akan disenaraikan didalam senarai menunggu.
Kekosongan boleh terjadi jika (1) ada peserta menamatkan langganan atau (2) kuota minima peserta dicapai untuk mengelolakan sesi tambahan. Berdasarkan ‘first come first serve basis’, anda akan dihubungi untuk menyertai sesi.
Memandangkan program ini masih lagi baru dan perjumpaan bersemuka akan diadakan setiap 3 bulan, kami hanya menerima peserta wanita dari daerah Lembah Klang untuk menyertai program ini buat masa ini. InshaAllah bila program ini dibangunkan dengan lebih meluas, kami mengalu-alukan penyertaan dari seluruh Malaysia dan luar negara.
Kami akan menyimpan butiran anda didalam senarai menunggu berdasarkan ‘first come first serve basis’. Dari senarai menunggu ini, kami akan cuba mendapatkan kaunselor tambahan untuk menambah kumpulan sesi terapi. Anda akan dihubungi InshaAllah.
Program ini adalah percuma. Anda dialu-alukan untuk membantu dengan memberi sumbangan bagi membolehkan kami memperluas perkhidmatan kami kepada lebih ramai saudari. Anda boleh menyumbang melalui pautan ini.
Semoga Allah S.W.T. merahmati anda. Anda boleh menyumbang melalui pautan ini.
Sesi terapi berkumpulan dalam talian dijadualkan pada hari Rabu atau Ahad setiap bulan. Anda boleh memilih hari yang bersesuaian dengan jadual anda.
Jangan risau, anda akan diberi panduan untuk mengakses rekod sesi yang telah berlangsung untuk kumpulan anda.
Kami akan menggunakan aplikasi Zoom Sesi akan dijalankan dalam dwi-bahasa.
Anda boleh memuat turun aplikasi ini di sini.
Anda boleh berinteraksi dengan kaunselor dan peserta lain didalam kumpulan anda melalui fungsi ‘chat’ semasa sesi berjalan.
Program ini akan melibatkan khidmat kaunselor dan perundingcara wanita yang berkelayakan dan berpegalaman dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Antara matlamat utama program ini adalah untuk anda mendapat bantuan dan sokongan dalam penyelesaian permasalahan yang anda lalui. Disamping itu, anda juga berpeluang untuk memanfaatkan sesi yang membincangkan topik-topik lain untuk memahami permasalahan yang dialami oleh orang lain. Ini membolehkan anda turut sama membantu dan memberi sokongan.
Sebahagian dari topik yang akan dibincangkan mempunyai kesinambungan dan mungkin juga berhubung kait dengan cabaran yang anda hadapi. Ini akan memberi pengetahuan dan kemahiran yang lebih menyeluruh untuk menangani permasalahan yang anda dilalui. Kemahiran yang anda pelajari juga boleh dimanfaatkan jika anda berada dalam situasi berkenaan dimasa hadapan.
Peserta akan diatur dalam kumpulan berdasarkan cabaran yang dihadapi, dan soalan yang diajukan kepada kaunselor. Sila pastikan borang pendaftaran diisi dengan tepat dan terperinci bagi memastikan anda berada dalam kumpulan bersesuaian.
Anda boleh emel kami secara langsung dan menyatakan kesulitan yang dihadapi.
Senarai lengkap boleh didapati di sini.
Di dalam Polisi Privasi kami, kami menjelaskan data yang kami perolehi, simpan dan bagaimana dan bila ianya digunakan. Kami merasakan adalah penting untuk anda mengetahui perincian ini dan anda berkeupayaan untuk membuat pilihan dan keputusan mengenainya.
Hanya penyelia program boleh merekod sesi yang berlangsung sama ada sesi dalam talian atau sesi perjumpaan bersemuka. Anda akan diberi panduan untuk mengakses rekod-rekod ini.
Mercy Mission Malaysia
2, Jalan Elektron U16/68, Denai Alam 40160 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Sisterhood adalah terapi kumpulan dalam talian untuk membantu pemerkasaan diri melalui sokongan kaunselor yang berkelayakan.