Sisterhood adalah terapi kumpulan dalam talian untuk membantu pemerkasaan diri melalui sokongan kaunselor yang berkelayakan.
Idea untuk membantu wanita dalam isu kesihatan mental lahir apabila ramai individu mula berkongsi kesusahan dan kesulitan yang mereka lalui di media sosial. Pada pertengahan 2018, kami menganjurkan persidangan khusus untuk wanita, Being-ME yang bertemakan Breaking Barriers. Dengan bantuan rakan kolaborasi, pakar-pakar dalam bidang mereka tersendiri berkongsi pengalaman dan kepakaran di persidangan tersebut. Antara isu-isu yang dibincangkan termasuklah, kepentingan sistem sokongan, gangguan makan, meluahkan perasaan dan pertolongan kendiri.
Maklum balas yang kami terima adalah sangat diluar jangkaan, menyebabkan kami memutuskan untuk menawarkan penilaian kesihatan mental awal kepada peserta persidangan Twins of Faith (persidangan keluarga tahunan yang membincangkan isu-isu semasa melalui lensa Islam) yang dianjurkan pada bulan Disember 2018. Dari 62 individu yang mendaftar untuk penilaian tersebut, 30% mengalami kemurungan sederhana manakala lebih daripada 50% mengalami kegelisahan yang teruk atau sangat teruk. Pada masa itu, kami percaya, tidak ramai yang mengetahui mahupun menyedari kepentingan meminta pertolongan.
Kami tidak berhenti di situ. Kami meneruskan misi dan perjuangan kami untuk membantu seramai yang mungkin. Mulai 2019, setiap bulan, kami mengadakan kuliah percuma yang membincangkan masalah kesihatan mental secara meluas atau, kami akan menanganinya dalam masalah semasa yang berkaitan. Kami gembira kerana ramai yang dapat memanfaatkan sesi-sesi tersebut.
Pada tahun 2020, kami memutuskan untuk mengambil langkah yang lebih berani bagi memenuhi peningkatan permintaan untuk bantuan kesihatan mental. Sudah menjadi suatu pengalaman bagi kita untuk menghidupkan Sisterhood. Kami menyambut anda dengan tangan terbuka untuk mengikuti perjalanan peningkatan kendiri ini bersama-sama.
Mercy Mission Malaysia
2, Jalan Elektron U16/68, Denai Alam 40160 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Sisterhood adalah terapi kumpulan dalam talian untuk membantu pemerkasaan diri melalui sokongan kaunselor yang berkelayakan.