Sisterhood adalah terapi kumpulan dalam talian untuk membantu pemerkasaan diri melalui sokongan kaunselor yang berkelayakan.
Kaunseling berkumpulan adalah satu format psikoterapi yang melibatkan seorang atau lebih dari seorang pakar terapi bersama beberapa individu pada masa yang sama. Cara ini digunakan dengan meluas dalam membantu menangani isu di klinik kesihatan mental, pusat pemulihan dan pusat komuniti.
Kaunseling berkumpulan membantu individu meningkatkan kebolehan berkomunikasi dan bersosial, dan mendidik individu belajar meluahkan perasaan dan menerima kritikan dari orang lain. Individu yang menyertai program kaunseling secara berkumpulan berpeluang mendengar dan memahami individu-individu lain yang mengalami isu atau permasalahan yang sama, justeru membina kesedaran dan keyakinan diri.
Dalam pelbagai isu, seseorang itu mungkin berasa malu atau mengalami stigma dalam membincangkan isu yang dihadapinya - kumpulan yang disertai boleh membantu individu untuk berasa yang dia bukan keseorangan dan boleh menjadi sebahagian dari kumpulan yang ingin mendapatkan jalan penyelesaian yang sama.
Kaunseling berkumpulan boleh memberi banyak manfaat. Antara yang utama adalah:
Sisterhood akan dijalankan dalam talian. Anda dan para kaunselor akan berjumpa sebulan sekali untuk berkongsi masalah, mendapatkan jawapan persoalan yang ada dan belajar menangani cabaran anda.
Setiap bulan kita akan berbincang satu tema. Tema atau topik-topik ini mungkin sangat rapat dengan permasalahan yang anda hadapi, atau cabaran yang kurang anda dialami. Walaupun cabaran yang akan dibincangkan tidak dialami oleh anda sendiri, kami berharap ianya satu peluang untuk memahami sesuatu situasi dan jalan-jalan penyelesaian yang boleh dimanfaatkan oleh individu lain disekeliling anda. Sisterhood beraspirasi untuk memangkin dan meningkatkan kebolehupayaan seseorang membantu saudaranya yang lain sebagai satu sistem sokongan.
Setiap tiga bulan sekali kita akan berjumpa. Bersemuka, berbincang dan menjalin hubungan yang lebih erat.
Apa yang anda perlu untuk mengikuti sesi terapi berkumpulan ini:
Sesi terapi akan berjalan beberapa hari seminggu. Peserta boleh memilih slot sesi yang sesuai.
Seorang individu yang mempunyai tahap keberkesanan diri yang tinggi dapat mencapai kejayaan dan matlamat hidup yang diingininya. Sebaliknya, seseorang yang mempunyai tahap keberkesanan diri yang rendah, kurang yakin dengan kemampuan dirinya untuk berjaya.
Apabila dunia bergerak perlahan dan terasa berat, kita tidak mempunyai motivasi untuk menjalani kehidupan seharian. Bangun pagi dan menyempurnakan aktiviti harian menjadi sangat sukar dan kehidupan seharian tidak mencetuskan kegembiraan.
Sudah menjadi kebiasaan pada hari ini untuk wanita turut sama bekerja dan meringankan beban kewangan rumah tangga. Wanita yang bekerja terpaksa mengimbangi masa bersama anak-anak dan masa untuk mengurus rumah tangga. Tidak mudah bagi seorang wanita untuk memenuhi semua tuntutan dan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu, anak, dan pada masa yang sama mempunyai kerjaya. Tekanan yang tidak diberi perhatian boleh menyebabkan gangguan emosi.
Sama ada sesuatu perkara dianggap betul atau salah, hitam atau putih, berjaya atau gagal; keseimbangan adalah suatu pencarian. Bagaimana cara untuk kita berfikiran lebih positif dan matang?
Jika seseorang itu didiagnosis dengan gangguan mental tertentu, rakan, keluarga dan orang sekeliling selalunya cepat melabelkan seseorang itu sebagai kurang siuman atau gila. Bagaimana seseorang itu boleh menangani persepsi ini?
Pada zaman ini, terdapat pelbagai jenis ketagihan baik dari segi ketagihan kimia atau ketagihan tingkah laku. Adakah kita sedar atau tidak menyedarinya?
Bagi kebanyakan mangsa, apabila penderaan berlaku kali pertama, mangsa beranggapan yang ianya tidak akan berulang lagi dan pelaku tidak bermaksud untuk mencederakan. Hubungan yang tidak sihat tidak hanya terbatas kepada hubungan fizikal seperti penyalahgunaan seksual, keganasan rumah tangga, tetapi juga penderaan emosi. Berkongsi dengan orang yang kita percayai kadang kala akan memudaratkan lagi hubungan kita dengan pelaku, keluarga dan orang di sekeliling kita.
Salah satu cabaran yang mungkin dihadapi seseorang individu adalah mereka tidak dapat berumahtangga walaupun berkemampuan dan mempunyai calon pasangan. Individu-individu ini memikul tanggungjawab dan harapan keluarga sama ada dalam menjaga ibu bapa yang meningkat usia, menyara adik beradik di samping bekerja sepenuh masa. Ramai yang menghadapi dilema dan berjuang secara mental dan fizikal diantara hasrat membina kehidupan sendiri dan berkorban untuk orang tersayang.
Komunikasi sangat penting dalam kehidupan seharian. Apabila kita merasakan tidak ada yang memahami, ketegangan boleh mengakibatkan salah faham dan gangguan emosi.
Seorang ibu memerlukan banyak kemahiran dan ianya merupakan pembelajaran sepanjang hayat. Ibu perlu mahir membahagikan masa untuk memenuhi keperluan keluarga dan perlu sokongan dalam menangani cabaran yang melibatkan anak-anak.
Beberapa masalah yang biasa dihadapi oleh sesebuah keluarga adalah penceraian, isu kesihatan ahli keluarga, kekangan kewangan, pilih kasih, ketagihan dan banyak lagi. Kadangkala kita tidak sedar bahawa isu-isu ini mempengaruhi dan memberi impak kepada anggota keluarga yang lain.
Salah satu kebiasaan masyarakat kini adalah tinggal serumah dengan keluarga mertua, walaupun anda mampu mempunyai rumah sendiri. Konflik yang mungkin timbul kadangkala menimbulkan kekecewaan dan perselisihan antara pasangan. Ada diantara mereka yang lebih suka untuk tidak membicarakannya dengan pasangan mereka kerana sukar mencapai jalan penyelesaian.
Mercy Mission Malaysia
2, Jalan Elektron U16/68, Denai Alam 40160 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Sisterhood adalah terapi kumpulan dalam talian untuk membantu pemerkasaan diri melalui sokongan kaunselor yang berkelayakan.